Mencari Lauk

Mencari Lauk
ayamgolekayampusing('',)

Monday 25 April 2011

Ayam panggang vs ayam goreng

Sudah hampir tiga tahun berada dibumi Kedah. Namun apa yang ada disekitarnya tidak kami ketahui. kedai makan yang ada di Changlon pun tidak kenali sepenuhnya...mana tidaknya, jika teringin makan sesuatu ayam terus sahaja merangcang bersama kawan-kawan untuk ke Jitra dan menuju ke restoran makanan segera yang tidak asing lagi iaitu KFC. 

Apakata  kita kali ini kita berubah kepada ayam panggang. Tambahan pula, cara masakan dengan memanggang adalah lebih sihat berbanding menggoreng ayam. =)
Ayam panggang Kak Liza yang berada di hadapan Medan Selera Changlon. Sudah hampir setahun Kak Liza berniaga ayam panggang yang menjadi kegilaan ramai pada bulan Ramadhan.Namun demikian, kini ayam panggang tidak lagi muncul pada bulan Ramadhan, setiap hari kita boleh makan ayam panggang dengan senang hati. Ayam panggang Kak Liza mempunyai resepi dan ramuan yang tersendiri. Bak kata orang "belum cuba belum tahu". Begitulah ayam panggang kak Liza, menjadi kegilaan ramai.
 Jom sama-sama kita beralih kepada ayam panggang Kak Liza...=)

No comments:

Post a Comment