Mencari Lauk

Mencari Lauk
ayamgolekayampusing('',)

Wednesday 27 April 2011

~Ayam Golek~


Ayam panggang Kak Liza
Harga :RM16 seekor
Lokasi :Hadapan Medan Selera Changlun
Waktu Perniagaan :10.00 pagi - 3.00 petang
*Sedia Menerima Tempahan*

Pilihan ayam yang segar dan terbaik
Dimasak secara panggang...sihat dan selamat
Dijamin sedap sehingga ratahan terakhir...

Lokasi Kedudukan Chicken Roast D'Lite
Resepi Chicken Roast D'lite
   *Resepi ini telah diubah sedikit  dari resepi asal
untuk menambah keenakannya*

Bahan-bahan:
1ekor ayam 
1 senduk besar minyak bijan 
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) 
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam secukup rasa


Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, 
serbuk lada sulah & garam hingga rata. 
Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu,
 bolehlah dipanggang ayam tu.....
*Jika ingin rasa "ayam black papper", gunakan sos lada hitam yang siap di paket.
*Boleh juga ditukar kepada kepelbagaian rasa dengan menukarkan madu kepada sos lada hitam atau rasa yang asli tanpa menambah apa-apa bahan sampingan.
*Selamat mencuba...=)

Monday 25 April 2011

Ayam panggang vs ayam goreng

Sudah hampir tiga tahun berada dibumi Kedah. Namun apa yang ada disekitarnya tidak kami ketahui. kedai makan yang ada di Changlon pun tidak kenali sepenuhnya...mana tidaknya, jika teringin makan sesuatu ayam terus sahaja merangcang bersama kawan-kawan untuk ke Jitra dan menuju ke restoran makanan segera yang tidak asing lagi iaitu KFC. 

Apakata  kita kali ini kita berubah kepada ayam panggang. Tambahan pula, cara masakan dengan memanggang adalah lebih sihat berbanding menggoreng ayam. =)
Ayam panggang Kak Liza yang berada di hadapan Medan Selera Changlon. Sudah hampir setahun Kak Liza berniaga ayam panggang yang menjadi kegilaan ramai pada bulan Ramadhan.Namun demikian, kini ayam panggang tidak lagi muncul pada bulan Ramadhan, setiap hari kita boleh makan ayam panggang dengan senang hati. Ayam panggang Kak Liza mempunyai resepi dan ramuan yang tersendiri. Bak kata orang "belum cuba belum tahu". Begitulah ayam panggang kak Liza, menjadi kegilaan ramai.
 Jom sama-sama kita beralih kepada ayam panggang Kak Liza...=)

Monday 11 April 2011

Bersama Kak Liza...Pemilik Gerai Ayam Panggang

Pembantu Kak Liza, Kak Asma sedang memanggang ayam.

Kak Liza sedang melayan pelanggannya. Kak Liza sangat peramah sehinggakan pelanggannya tidak jemu datang ke kedainya.

Kelihatan Kak Asma sedang meletakkan ayam pada pemanggang

Kami bersama Kak Liza dan Kak Asma.